KITA HANYA MEMPERJUANGKAN NASIB KITA, HANYA KITA SAHAJA YANG TAHU MASALAH KITA, JADI
BERSATULAH DEMI SATU TUJUAN YANG SAMA


PENGIKUT

Mukadimah

Peranan guru GSTT mungkin dianggap remeh. Cukup hanya sebagai pelengkap di sekolah. Itu adalah pandangan segelintir masyarakat. Mungkin juga ada yang tidak menyedari kewujudan guru GSTT. Walhal sumbangan dan perkhidmatan guru GSTT amat penting dalam kelangsungan pendidikan di Malaysia. Malangnya sampai bilakah nasib guru GSTT akan tidak diendahkan. Apakah tiada ertinya pengorbanan selama ini? Untuk itu, guru GSTT perlu bersama-sama memperjuangkan hak sebagai jaminan kehidupan yang lebih bermakna.

Rabu, 5 Disember 2012

PERHATIAN BUAT AHLI-AHLI PGM



Merujuk kepada masalah GSTT setahun yang tidak berjaya untuk mengikuti kursus perguruan, bertindak atas nama Persatuan GSTT Malaysia (PGM), saya selaku Timbalan Pengerusi PGM, Nik Hafizul bin Nik Hamat telah melakukan beberapa usaha bagi mencapai hasrat kita semua untuk sama-sama mengikuti kursus seperti rakan-rakan lain yang telah berjaya melanjutkan pengajian. Antara usaha yang telah dilakukan ialah:

26 September 2012
Perjumpaan dengan En. Saiful Azhar (Setiausaha Sulit Perdana Menteri)

* Beliau merupakan Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
* Perjumpaan tersebut telah diadakan di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya
* Ahli yang terlibat dalam perjumpaan tersebut ialah saya sendiri.
* Menurut En. Saiful Azhar, beliau akan bawa isu ini kepada pihak atasan untuk perhatian yang sewajarnya.
* Walau Bagaimanapun, kami tidak mendapat sebarang maklum balas selanjutnya selepas perjumpaan tersebut dan gagal untuk menghubungi beliau.

7 November 2012
Kunjungan untuk berjumpa Encik Shamsuri Jamil (Setiausaha Sulit kepada Menteri Pelajaran Malaysia)

* Beliau merupakan Setiausaha Sulit kepada Menteri Pelajaran Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin
* Kunjungan tersebut bertempat di Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya
* Ahli yang terlibat dalam pertemuan tersebut ialah saya, Fiza dan Faizal.
* Walau Bagaimanapun, kami kurang bernasib baik kerana tidak dapat bersemuka dengan beliau disebabkan beliau sedang berada di luar negeri ketika itu.




28 November 2012
Cubaan kali kedua untuk berjumpa dengan Encik Shamsuri Jamil

* Temujanji telah diaturkan bersama beliau untuk mengadakan perjumpaan di pejabatnya pada pukul 3 petang.
* Ahli yang terlibat ialah saya dan Fiza.
* Setibanya di KPM, kami dimaklumkan beliau tiada di pejabatnya dan tidak dapat memenuhi permintaan tersebut disebabkan urusan mesyuarat di PWTC dan beliau memohon maaf.

Hari yang sama, 5.15 PM di PWTC)

* Walaupun demikian, saya terus ke PWTC walaupun tidak memaklumkan kepada beliau terlebih dahulu tentang hasrat untuk berjumpa beliau di sana.
* Ahli yang terlibat ialah saya sendiri.
* Saya berpeluang berjumpa dengan beliau setelah menunggu beliau selesai urusan mesyuarat.
* En. Shamsuri turut mengundang rakan sekerja beliau iaitu En. Amran dalam perbincangan tersebut.
* Dalam perbincangan tersebut, saya telah mengemukakan beberapa bukti ucapan dan janji kerajaan bagi menyerap kesemua 13,000 GSTT.
*Beliau akan cuba sebaik mungkin kerana melihat tindakan ini merupakan suatu usaha dari PGM.