KITA HANYA MEMPERJUANGKAN NASIB KITA, HANYA KITA SAHAJA YANG TAHU MASALAH KITA, JADI
BERSATULAH DEMI SATU TUJUAN YANG SAMA


PENGIKUT

Mukadimah

Peranan guru GSTT mungkin dianggap remeh. Cukup hanya sebagai pelengkap di sekolah. Itu adalah pandangan segelintir masyarakat. Mungkin juga ada yang tidak menyedari kewujudan guru GSTT. Walhal sumbangan dan perkhidmatan guru GSTT amat penting dalam kelangsungan pendidikan di Malaysia. Malangnya sampai bilakah nasib guru GSTT akan tidak diendahkan. Apakah tiada ertinya pengorbanan selama ini? Untuk itu, guru GSTT perlu bersama-sama memperjuangkan hak sebagai jaminan kehidupan yang lebih bermakna.

Selasa, 31 Mei 2011

PENDAFTARAN AHLI PGM SECARA ON-LINE KINI DIBUKA

GSTT @ ex-GSTT seluruh negara yang tidak berpeluang menghadiri mesyuarat penubuhan PGM pada 8 Mei 2011 lalu, kini berpeluang untuk mendaftar secara on-line:

1) Anda dinasihati membaca dan memahami undang-undang tubuh Persatuan GSTT Malaysia (PGM)
2) Masukkan duit yuran persatuan sebanyak RM 10 ( RM 7=yuran pendaftaran dan RM 3=yuran tahunan) ke dalam akaun bank PGM iaitu 0808-0076877-52-3 (CIMB BANK)
3) Mengisi borang keahlian secara on-line dan sub-mit borang tersebut (emailkan slip deposit yang telah di "scan" sebagai bukti pembayaran yuran ke alamat email Bendahari: sagaputri@ymail.com) no tel: 014-8025620
4) Selewat-lewatnya dalam tempoh 7 hari bekerja, anda akan menerima email pengesahan keahlian daripada pihak PGM

Sokongan anda untuk menjadi ahli PGM secara sah sudah pasti akan memberi kekuatan kepada perjuangan PGM secara keseluruhannya. Seperti yang anda tahu, borang statistik dalam blog ini adalah bertujuan untuk memberikan gambaran sebenar tentang maklumat terkini gstt dan anda yang mengisi borang statistik tidak bermakna telah secara automatik menjadi ahli PGM. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, jika ditanya apa beza jadi ahli @ tidak kerana matlamat utama PGM untuk menjaga kebajikan GSTT seluruh Malaysia. Jawapannya: antara anak angkat dengan anak sendiri, sudah pasti anak sendiri diberi lebih keutamaan dan pembelaan. Marilah kita bersama-sama mengukuhkan persatuan kita dengan mendaftar sebagai ahli PGM secara sah

Sabtu, 21 Mei 2011

SEMAKAN KEPUTUSAN PANGGILAN TEMUDUGA DPLI-MEDSI 2011

Kepada GSTT @ ex-GSTT yang dipanggil menduduki ujian MeDSI baru-baru ini, anda sudah boleh menyemak keputusan sama ada berjaya untuk ditemuduga atau tidak melalui link di bawah:

semak DPLI

Sebagai wakil pihak PGM, saya ingin mengucapkan selamat berjaya kepada GSTT yang terpilih. Doa kami mengiringi anda.

Khamis, 19 Mei 2011

PENYERAHAN MEMORANDUM KE PEJABAT MENTERI BESAR PERAK

Alhamdulillah, pada 19 Mei 2011 lalu Persatuan GSTT Malaysia (PGM) yang diwakili AJK penaja persatuan telah berjaya menyerahkan memorandum ke Pejabat Menteri Besar Perak. Y.A.B Datuk Seri Dr Zambry bin Abdul Kadir telah diwakili oleh Setiausaha Politiknya. Memorandum tersebut menuntut campurtangan segera Y.A.B Datuk Seri Dr. Zambry Bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak dalam isu GSTT Perak yang belum dilantik semula. Kami sangat berterima kasih kepada wakil Y.A.B Datuk Zambry Bin Abdul Kadir atas kesudian beliau menerima kunjungan wakil PGM. Latar belakang beliau sebagai bekas guru dan pendidik membuatkan beliau sangat memahami permasalahan dan cadangan yang diutarakan berkenaan isu GSTT. Justeru beliau telah menelefon Setiausaha Sulit Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yassin di depan kami pada masa itu juga bagi mendapatkan kepastian. Menurut maklumat yang kami terima, GSTT akan dipanggil secara berperingkat mengikut keperluan. Walaubagaimanapun, beliau berjanji akan mengajukan perkara tersebut kepada Y.A.B Datuk Seri Dr Zambry Bin Abdul Kadir dan seboleh-bolehnya akan berusaha membantu kita.

Untuk GSTT di negeri-negeri lain, kami tetap tidak melupakan anda. Seperti perancangan kita, pihak PGM akan menghantar memorandum ke KPM pada masa cuti persekolahan ini. Namun tarikh sebenar bergantung kepada temujanji yang akan kami aturkan. Jadi, anda masih boleh menghantar cadangan anda kepada pihak PGM untuk diutarakan semasa penyerahannya di Putrajaya nanti.No telefon dan email kami ada dalam bahagian kedudukan organisasi di ruangan atas blog. Percayalah, PGM tidak mungkin wujud tanpa kerjasama dan komitmen anda. Perjuangan kami untuk kita semua, bukan untuk kepentingan peribadi. Kami menyerahkan memorandum ke Pejabat Menteri Besar Perak terlebih dahulu kerana Perak satu-satunya negeri yang belum ada pengambilan GSTT dan kerana kesudian pihak Pejabat Menteri Besar Perak untuk turut membantu.

Satu lagi berita gembira yang ingin kami kongsi bersama, Persatuan GSTT Malaysia (PGM) telah mendapat kelulusan rasmi daripada Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS). Hal ini bermakna PGM sekarang telah tersenarai sebagai persatuan peringkat kebangsaan yang sah di sisi undang-undang dan sangat menyenangkan kita untuk menjalankan perancangan dan aktiviti dengan lebih lancar dan berkesan. Sehubungan itu, InsyaAllah kami akan membuka keahlian secara on-line pada minggu depan iaitu setelah urusan dengan bank selesai.

Sabtu, 14 Mei 2011

Coretan PGM Dalam Berita Harian Terkini :

Guru Sandaran Tidak Terlatih sekolah menengah tuntut janji diserap ke jawatan tetap


2011/05/13

SAYA mewakili Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) sekolah menengah di Perak khasnya dan Malaysia amnya yang berkhidmat melebihi dua tahun ingin menyuarakan keluhan hati kerana sudah tidak nampak lagi isu ini akan diselesaikan Kementerian Pelajaran.Sejak pengumuman penyambungan dan penyerapan GSTT ke jawatan tetap pada 3 Mac 2011 oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, hampir setiap hari saya menelefon Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Perak dan Kementerian Pelajaran Malaysia bertanya perkembangannya.
Sehingga kini, saya dan guru GSTT menengah yang lain masih belum menerima sebarang surat lantikan seperti dijanjikan.
Lebih menyedihkan apabila menghantar e-mel kepada Kementerian Pelajaran, ia dibalas Eksekutif Khidmat Pelanggan kementerian dengan menyatakan syarat penyerapan ke jawatan tetap ialah seseorang guru GSTT mesti mempunyai kelayakan ikhtisas perguruan.

Saya hairan kerana mana mungkin guru GSTT mempunyai kelayakan ikhtisas perguruan kerana syarat ditetapkan ialah tidak memegang ikhtisas perguruan.

Saya percaya semua guru GSTT menengah di Malaysia tidak mempunyai ikhtisas perguruan kerana jika kami mempunyai ikhtisas perguruan, tidak mungkin digelar GSTT tetapi sebagai Guru Sandaran Terlatih (GST).

Kenapa arahan menteri tidak dilaksanakan kementerian mahupun JPN. Saya dan beberapa rakan lain menubuhkan Persatuan Guru Sandaran Tidak Terlatih dan berjaya menghimpunkan guru GSTT di Malaysia pada 8 Mei lalu di Ipoh bertujuan membela nasib 13,000 guru GSTT.
GURU GSTT MENENGAH,
Taiping, Perak.

PERHATIAN KEPADA GSTT PERAK

Pejabat Menteri Besar Perak telah dihubungi pihak Persatuan GSTT Malaysia (PGM) bagi meminta mereka untuk campurtangan dalam isu GSTT di Perak. Sehubungan itu, Jawatankuasa Penaja PGM akan menghantar memorandom secara rasmi kepada Pejabat Menteri Besar Perak berhubung perkara berkenaan secepat mungkin iaitu sebelum 19 Mei .InsyaAllah, Y.A.B Dato' Seri Zambri akan menggunakan kesempatan lawatan Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Perak pada 20 Mei ini bagi membangkitkan isu GSTT Perak. Jadi, GSTT Perak yang belum mengisi borang statistik dalam blog ini diminta berbuat demikian dengan segera kerana kami membuka peluang kepada anda sehingga pukul 12 malam (17 Mei) sahaja

Bagi GSTT lain di seluruh negara, jangan rasa tersisih. Kami akan tetap menghantar memorandom kepada KPM seperti dirancang dan ini adalah salah satu langkah awal yang mampu PGM lakukan. Teruskan menyokong PGM dan diminta GSTT seluruh Malaysia yang belum mengisi borang statistik berkenaan berbuat demikian segera.

Isnin, 9 Mei 2011

HASIL PERJUMPAAN DAN MESYUARAT ( 8 MEI )

Salam,
Seperti yang kita semua maklum, perjumpaan dan mesyuarat pertama Persatuan GSTT Malaysia (PGM) telah berlangsung di Kampar, Perak. Terima kasih tak terhingga kepada semua peserta yang hadir. Terima kasih kerana anda memberi sokongan dan komitmen penuh kepada PGM walaupn terpaksa meredah perjalanan jauh dan ada yg terpaksa membawa anak kecil bersama. InsyaAllah, perjuangan kita akan memberikan hasil yang lumayan untuk kita semua. Tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Ikatan Relawan Rakyat (RELA) Kampar kerana telah menyumbangkan hidangan sarapan pagi kita dan sanggup membantu menjaga ketenteraman dan lalulintas dari awal pagi hingga ke akhir majlis. Kerjasama pihak PDRM khususnya dari IPD Kampar juga amat kami hargai. Sangat seronok bekerjasama dengan mereka. Cekap, Komited, Berdisiplin dan Mesra. Alhamdulillah, dengan penglibatan dan kerjasama anda semua, mesyuarat penubuhan PGM dan menulis memorandom dapat dilaksanakan dalam keadaan aman, teratur, dan lancar seperti dirancang.

Tentu GSTT yang tak dapat hadir tak sabar-sabar nak tau tentatif program kita semalam dan hasilnya. Ok! cerita sikit lah ye......lebih kurang pukul 8 pagi lagi anggota RELA dah sampai dan mengambil tempat masing-masing. Lepas tu pendaftaran. Masa pendaftaran, pihak PDRM sampai dan mereka terus bersama kita hingga selesai majlis. Majlis bermula lebih kurang pukul 10 pagi. Dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa, ucapan pemangku pengerusi PGM. Lepas tu rehat dan minum pagi. Majlis diteruskan dgn mesyuarat penubuhan persatuan iaitu mula dengan ucapan pengerusi, mengesahkan nama dan alamat p'satuan, pembentangan undang-undang tubuh PGM (ada 18 fasal) dan diakhiri dgn pelantikan AJK Penaja. Majlis berhenti rehat untuk makan tengahari & solat zuhur. Sambung semula dengan perbincangan isi kandungan, tarikh,dan cara memorandumm nak dihantar ke KPM. Majlis ditutup dengan bacaan doa juga. Ha....itulah tentatifnya.

Hasil mesyuarat pula....dalam ucapan pemangku pengerusi dinyatakan tujuan utama perjumpaan adalah untuk menubuhkan persatuan yang sah disisi undang-undang demi menjaga kepentingan & kebajikan GSTT seluruh negara. PGM juga diharap dapat menjadi medium rasmi untuk GSTT bersuara dan pada masa yang sama, pihak KPM diharap dapat menyalurkan maklumat yang tepat & berkesan kepada para GSTT melalui PGM. Jadi, insyaAllah akan wujud interaksi 2 hala yang berkesan antara warga GSTT dengan KPM.

Hasil mesyuarat penubuhan PGM: telah disahkan bahawa nama pertubuhan ialah Persatuan GSTT Malaysia (PGM) dengan menggunakan alamat rasmi no 181 Kg Kota, Tualang Sekah, 31700 Malim Nawar, Perak. Undang-undang tubuh tak payah cerita la ye, panjang sangat. Tapi antaranya yuran pendaftaran keahlian RM7 dan yuran tahunan RM3. Kemuadian diakhiri dengan pelantikan AJK Penaja (nanti akan dimasukkan dalam ruangan kedudukan organisasi bahagian atas blog)

Tentang penulisan memorandum pula, satu kata sepakat telah diputuskan untuk menulis memorandum kepada KPM berbunyi......????......(ekslusif untuk yang hadir saja) yang tak hadir boleh tau dari media semasa penyerahannya nanti. Tp tak perlu risau kerana ayat dan tuntutan dalam memo tersebut sangat menjaga sensitiviti dan tidak menyinggung mana-mana pihak sama ada GSTT mahupn KPM. Tarikh penyerahan, insyaAllah dalam cuti sekolah bulan 5 ni iaitu diserahkan oleh Jawatankuasa Penaja PGM. Bersama-sama memo tersebut akan disertakan borang statistik yang anda isi dlm blog ni. Jadi sesiapa yang belum isi, cepat-cepat la isi (sebelum 26 Mei). Jangan risau tentang keselamatan dan jangan takut kena black list nama oleh mana-mana pihak kerana kita turut mendapatkan nasihat daripada pihak berwajib. Selagi kita bertindak mengikut landasan dan prosedur yang betul, kedudukan kita tidak akan terjejas

Perkembangan lain, kami hampir menyiapkan semua dokumen yang diperlukan untuk mendaftarkan PGM dengan ROS. Mungkin esok @ lusa pendaftaran akan dibuat. Kami juga akan mengusahakan untuk membuka keahlian PGM secara on-line. Jadi GSTT yang tak dapat hadir pada 8Mei lalu juga akan berpeluang menjadi ahli PGM. Kalau ditanya apa beza jadi ahli @ tidak kerana matlamat utama PGM untuk menjaga kebajikan GSTT seluruh Malaysia. Jawapannya: Antara anak angkat dengan anak sendiri, sudah pasti anak sendiri diberi lebih perhatian dan keutamaan. Oh ye....dalam ruangan gallery di atas ada dimasukkan beberapa gambar yang sempat dirakam sepanjang majlis tersebut. Sorry, tak sempat ambil gambar banyak-banyak, masing--masing sibuk besmesyuarat dan banyak idea nak dikongsi

Terima kasih aatas sokongan anda. Wassalam !