KITA HANYA MEMPERJUANGKAN NASIB KITA, HANYA KITA SAHAJA YANG TAHU MASALAH KITA, JADI
BERSATULAH DEMI SATU TUJUAN YANG SAMA


PENGIKUT

Mukadimah

Peranan guru GSTT mungkin dianggap remeh. Cukup hanya sebagai pelengkap di sekolah. Itu adalah pandangan segelintir masyarakat. Mungkin juga ada yang tidak menyedari kewujudan guru GSTT. Walhal sumbangan dan perkhidmatan guru GSTT amat penting dalam kelangsungan pendidikan di Malaysia. Malangnya sampai bilakah nasib guru GSTT akan tidak diendahkan. Apakah tiada ertinya pengorbanan selama ini? Untuk itu, guru GSTT perlu bersama-sama memperjuangkan hak sebagai jaminan kehidupan yang lebih bermakna.

Isnin, 25 April 2011

PERJUMPAAN GSTT MALAYSIA

Selamat datang ke blog rasmi Persatuan GSTT Malaysia. Tentu ramai yang sudah panas hati kerana telah hampir setengah tahun menunggu namun kontrak GSTT masih belum disambung hingga ke hari ini. Tambah membara bila mengetahui mereka yang disambung kontrak ada di antaranya tak sampai satahun berkhidmat, sedangkan anda yang dah jadi GSTT bertahun-tahun masih menganggur. Bagi mereka yang dah disambung kontrak pula, kedudukan anda juga ibarat telur di hujung tanduk kerana walaupun menteri sudah berjanji untuk menyerap GSTT ke jawatan tetap mengikut tempoh perkhidmatan, namun KDC yang ditawarkan hanya untuk subjek yang langsung tak ada kaitannya dengan anda dan hanya untuk yang pernah berkhidmat di sekolah rendah sahaja padahal majoriti GSTT adalah di sekolah menengah. (tak perlu saya sebutkan balik segala janji kerana semua GSTT dah menghafal semua janji tersebut).Malah pengambilan DPLI juga tetap diteruskan walaupun isu GSTT belum selesai dan subjek yang ditawarkan amat bersesuaian dengan ijazah kita. Namun seperti biasa, hanya beberapa orang GSTT yang terpilih., itupun rata-ratanya hanya setakat ujian Medsi atau temuduga sahaja. Menyedari ketidaktelusan dalam isu GSTT ini, kami telah mengambil inisiatif untuk mengadakan pertemuan dengan semua GSTT di seluruh negara. Dalam perjumpaan tersebut, kita akan membentuk Persatuan GSTT Malaysia secara sah dan akan didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS). Pada masa yang sama, kita akan menyiapkan memorandom kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi menuntut pelaksanaan janji yang telah diberikan kepada kita. Berikut butiran berkenaan perjumpaan pertama Persatuan GSTT Malaysia yang akan diadakan.

TARIKH : 8 MEI 2011 (AHAD)

MASA : 9.30 PAGI


TEMPAT : DEWAN SEMINAR, Rumah Rehat Kampar, Kampar, Perak

KEHADIRAN : Terbuka kepada SEMUA GSTT DAN BEKAS GSTT (berkhidmat tahun 2010) di seluruh negara
( KEHADIRAN ANDA SEMUA SANGAT DIALU-ALUKAN, SILA SMS KEHADIRAN ANDA DENGAN MENYERTAKAN NAMA & ALAMAT KE NO.H/P : 010-9001003)

Berikut adalah peta lokasi ke Rumah Rehat Kampar. Anda boleh datang dengan kenderaan sendiri, bas mahupun dengan keretapi/ ETS. Bagi yang datang dengan kenderaan sendiri, anda boleh melalui Tapah/ Teluk Intan atau lebih senang jika melalui lebuhraya dan keluar melalui tol Simpang Pulai/ Tol Gopeng. Mereka yang menaiki keretapi/ ETS pula boleh turun di Stesen Keretapi Kampar dan menghubungi kami jika menghadapi kesulitan ke lokasi (Wani 010-9001003/ Azlina 012-5040620)



Bagi mereka yang tidak suka tergesa-gesa pada saat akhir boleh sahaja menginap di Rumah Rehat Kampar kerana pakejnya amat berpatutan dan sesuai jika datang sambil bercuti bersama keluarga. Bagi yang ingin berjimat, anda boleh berkongsi bilik dengan rakan-rakan lain dengan mendapatkan tilam tambahan pada harga RM 10/unit sahaja. Untuk pertanyaan dan tempahan bilik, boleh hubungi En.Izzarul di talian 05-4671061/ 05-4671062 pada waktu pejabat
Me
Ayuhlah rakan-rakan GSTT, jangan hanya terus menunggu dan berharap. Kita mesti mulakan langkah kita dengan penuh semangat untuk membela nasib dan masa depan kita. Perjumpaan, Persatuan dan Memorandom ini tidak akan terjadi jika kita hanya mengharapkan GSTT lain akan hadir dan memberi komitmen sedangkan kita hanya menunggu kalau-kalau ada nasib. Jika dulu golongan guru penggerak nasionalis negara, sudah pasti hari ini kita juga mampu memperjuangkan masa depan kita. Sama-samalah kita hadir dan memberi komitmen untuk menjayakan projek kita ini. War-warkan juga kepada rakan-rakan GSTT lain di seluruh negara untuk turut serta. Moga langkah kita ini diberkati Allah