KITA HANYA MEMPERJUANGKAN NASIB KITA, HANYA KITA SAHAJA YANG TAHU MASALAH KITA, JADI
BERSATULAH DEMI SATU TUJUAN YANG SAMA


PENGIKUT

Mukadimah

Peranan guru GSTT mungkin dianggap remeh. Cukup hanya sebagai pelengkap di sekolah. Itu adalah pandangan segelintir masyarakat. Mungkin juga ada yang tidak menyedari kewujudan guru GSTT. Walhal sumbangan dan perkhidmatan guru GSTT amat penting dalam kelangsungan pendidikan di Malaysia. Malangnya sampai bilakah nasib guru GSTT akan tidak diendahkan. Apakah tiada ertinya pengorbanan selama ini? Untuk itu, guru GSTT perlu bersama-sama memperjuangkan hak sebagai jaminan kehidupan yang lebih bermakna.

Sabtu, 6 April 2013

PERHATIAN KEPADA EX GSTT YANG BELUM DIPANGGIL UNTUK KURSUS DPLI

MAKLUMBALAS DARI KPM SEJURUS NAIB PENGERUSI PGM 2012/13 , EN NIK HAFIZUL  BIN NIK HAMATBERJUMPA DENGAN SETIAUSAHA PERDANA MENTERI DAN SETIAUSAHA SULIT MENTERI PENDIDIKAN PADA 26 SEPTEMBER 2012, 7 NOVEMBER 2012 DAN 28 NOVEMBER 2012


Rabu, 5 Disember 2012

PERHATIAN BUAT AHLI-AHLI PGM



Merujuk kepada masalah GSTT setahun yang tidak berjaya untuk mengikuti kursus perguruan, bertindak atas nama Persatuan GSTT Malaysia (PGM), saya selaku Timbalan Pengerusi PGM, Nik Hafizul bin Nik Hamat telah melakukan beberapa usaha bagi mencapai hasrat kita semua untuk sama-sama mengikuti kursus seperti rakan-rakan lain yang telah berjaya melanjutkan pengajian. Antara usaha yang telah dilakukan ialah:

26 September 2012
Perjumpaan dengan En. Saiful Azhar (Setiausaha Sulit Perdana Menteri)

* Beliau merupakan Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
* Perjumpaan tersebut telah diadakan di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya
* Ahli yang terlibat dalam perjumpaan tersebut ialah saya sendiri.
* Menurut En. Saiful Azhar, beliau akan bawa isu ini kepada pihak atasan untuk perhatian yang sewajarnya.
* Walau Bagaimanapun, kami tidak mendapat sebarang maklum balas selanjutnya selepas perjumpaan tersebut dan gagal untuk menghubungi beliau.

7 November 2012
Kunjungan untuk berjumpa Encik Shamsuri Jamil (Setiausaha Sulit kepada Menteri Pelajaran Malaysia)

* Beliau merupakan Setiausaha Sulit kepada Menteri Pelajaran Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin
* Kunjungan tersebut bertempat di Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya
* Ahli yang terlibat dalam pertemuan tersebut ialah saya, Fiza dan Faizal.
* Walau Bagaimanapun, kami kurang bernasib baik kerana tidak dapat bersemuka dengan beliau disebabkan beliau sedang berada di luar negeri ketika itu.




28 November 2012
Cubaan kali kedua untuk berjumpa dengan Encik Shamsuri Jamil

* Temujanji telah diaturkan bersama beliau untuk mengadakan perjumpaan di pejabatnya pada pukul 3 petang.
* Ahli yang terlibat ialah saya dan Fiza.
* Setibanya di KPM, kami dimaklumkan beliau tiada di pejabatnya dan tidak dapat memenuhi permintaan tersebut disebabkan urusan mesyuarat di PWTC dan beliau memohon maaf.

Hari yang sama, 5.15 PM di PWTC)

* Walaupun demikian, saya terus ke PWTC walaupun tidak memaklumkan kepada beliau terlebih dahulu tentang hasrat untuk berjumpa beliau di sana.
* Ahli yang terlibat ialah saya sendiri.
* Saya berpeluang berjumpa dengan beliau setelah menunggu beliau selesai urusan mesyuarat.
* En. Shamsuri turut mengundang rakan sekerja beliau iaitu En. Amran dalam perbincangan tersebut.
* Dalam perbincangan tersebut, saya telah mengemukakan beberapa bukti ucapan dan janji kerajaan bagi menyerap kesemua 13,000 GSTT.
*Beliau akan cuba sebaik mungkin kerana melihat tindakan ini merupakan suatu usaha dari PGM.

Jumaat, 27 April 2012

MAAF ATAS KELEWATAN

Assalamualaikum WBT
Perhatian kepada semua mantan2x gstt yang sudah membayar yuran rm 10 untuk menjadi ahli pgm, saya akan mengesahkan keahlian awak semua sedikit demi sedikit. diharap anda bersabar untuk mendapat pengesahan ini.
 harap maklum

Isnin, 12 Mac 2012

KENDURI KESYUKURAN PGM BERSAMA PEJABAT MENTERI BESAR PERAK DARUL RIDZUAN

BERIKUT ADALAH MAKLUMAT PROGRAM DI ATAS:

TARIKH : 6 APRIL 2012

HARI : JUMAAT

MASA : LEPAS SOLAT JUMAAT

TEMPAT : PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERAK

PESERTA : GSTT SELURUH MALAYSIA YANG INGIN MENGADAKAN KENDURI KESYUKURAN DENGAN MODAL YANG SEDIKIT DISAMPING DAPAT BERAMAH MESRA DENGAN YAB MENTERI BESAR PERAK DARUL RIDZUAN. DISARAN JUGA SUPAYA SEMUA GSTT DAPAT MENGAMBIL BAHAGIAN SEBAGAI TANDA UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN NEGERI PERAK DAN KERAJAAN PERSEKUTUA

***SETIAP PESERTA DIKENAKAN BAYARAN RM 50.00 SAHAJA..JIKA GSTT BERHASRAT UNTUK MEMBAWA PASANGAN...IANYA SANGAT DIALU-ALUKAN...TETAPI PASANGAN JUGA DIKENAKAN BAYARAN YANG SAMA..

BAYARAN BOLEH DIBUAT SELEWAT-LEWATNYA 31 MAC 2012...PROSES PEMBAYARAN MELALUI AKAUN CIMB Bank Berhad atas nama Persatuan GSTT Malaysia (PGM)  0808-0076877-52-3

Sila emailkan / sms no rujukan transaksi kepada Bendahari PGM: 
sagaputri@ymail.com / 014-8025620

ANTARA YANG TERLIBAT PIHAK MEDIA......

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI SEBAGAI TANDA KESYUKURAN KITA KEPADA ALLAH........

***KENDERAAN TIDAK DISEDIAKAN, JUMLAH PENYERTAAN TERHAD

Sabtu, 10 Mac 2012

PERHATIAN!!!!!!!!!!

PERHATIAN KEPADA AHLI-AHLI PGM YANG BARU MENDAFTAR, SILA SCAN RECEIPT ANDA  KEPADA AKAUN PGM YANG TERTULIS DI DALAM BLOG:
BUKTI PEMBAYARAN YURAN KEAHLIAN
Bayar ke akaun CIMB Bank Berhad atas nama Persatuan GSTT Malaysia (PGM)  0808-0076877-52-3
Yuran Pendaftaran    : RM7.00
Yuran Tahunan         : RM3.00
Jumlah Perlu Bayar   : RM10.00
( scan slip deposit bank dan email ke sagaputri@ymail.com )
 SILA TULIS NAMA PENUH ANDA, UNTUK MEMUDAHKAN PROSES PENGESAHAN AHLI, PENGESAHAN AHLI MEMAKAN MASA UNTUK MENGESAHKANNYA, NAMUN BEGITU, SEKIRANYA ANDA SUDAH MEMBAYAR RM 10, ANDA BOLEH MENGHANTAR BTIRAN PERIBADI YANG DIPERLUKAN BAGI TUJUAN RAYUAN TERSEBUT KE mfs_7malay@yahoo.com.

Selasa, 6 Mac 2012

PERHATIAN KEPADA GSTT YANG MASIH BELUM BERPELUANG MELANJUTKAN PENGAJIAN DALAM DIPLOMA /IJAZAH PENDIDIKAN (AMBILAN KHAS GSTT)



Berikut merupakan langkah yang perlu anda ambil:
1)Hantar maklumat berikut ke alamat tersebut melalui email (mfs_7malay@yahoo.com) selewat-lewatnya hari Ahad (11/03/2012)
a)Nama Penuh
b)Alamat
c)No KP
d)No tel
e)Pengalaman Mengajar sebagai GSTT (tahun,subjek dan nama sekolah)
f)Umur
g)Ijazah atau diploma atau sijil yang dipegang
h)Universiti
g)Kelulusan Bahasa Melayu (SPM)

*WALAU BAGAIMANAPUN, PGM MEWAJIBKAN GSTT YANG INGIN BERURUSAN DENGAN PGM ATAU MELALUI PGM  PERLU MENDAFTAR SEBAGAI AHLI TERLEBIH DAHULU.